Nama saya Nur Aleena Haslinda.Saya dipanggil Aleena oleh rakan-rakan saya,saya juga dipanggil Haslinda oleh guru bahasa melayu saya iaitu Pn. Maimunah dan Pn Rodhiah.Namun guru kelas saya,Pn. Jura Aimi atau lebih dikenali sbgai Cikgu Juju memangil saya dengan panggilan Choco Berry.Saya mempunyai tiga adik beradik dan saya merupakan yang terakhir.Saya suka gelak.Saya juga suka buat lawak..Kadang-kadang lawak saya merupakan lawak yang ginius,namun ada juga lawak yang bodoh.Saya suka berkawan tetapi saya tak suka kawan yang adik beradik dengan hipopotamus atau lebih dikenali sbgai hipokrit.Oleh itu saya agak memilih kawan.Saya bukan seorang yang pilih bulu tetapi saya pilih untuk kebaikan..
Saya juga peminat k-pop.saya merupakan peminat kumpulan Beast dan juga BigBang.Selain itu saya juga peminat kepada Hazama Akademi Fantasia musim ke-9.Malah saya juga meminati Shiha Mentor.Selain dari itu saya suka membaca novel.Saya merupakan peminat karya Ramlee Awang Mursyid,Aisya Sofia dan juga Damya Hana.Saya suka menghabiskan masa terluang saya dengan tidur sepuas puasnya.Selain dari itu,saya suka meluangkan masa saya bersama rakan-rakan dengan bermain futsal dan sebagainya.
Saya merupakan seorang remaja yang kurang berminat dengan kata-kata orang lain kerana bagi saya kata-kata hati sendiri lebih tepat kerana hati merupakan sesuatu yang datang dari diri kita sendiri.Saya tidak mempunyai keyakinan yang penuh ketika berhadapan dengan lelaki kerana bagi saya lelaki menyusahkan dan menyebabkan hidup saya huru-hara.Hal ini kerana saya melalui pelbagai perkara bersama manusia yabg bernama lelaki.Namun saya mempunyai keyakinan yang sangat tinggi ketika bersama-sama dengan rakan saya kerana mereka sentiasa menyokong saya tidak kira dalam apa jua perkara..Saya juga mempunyai sikap degil yang kuat..Saya suka memberontak apabila apa yang saya mahu tidak ditunaikan.
Kesimpulannya,saya ini seorang yang sangat mudah didekati.Tetapi susah untuk difahami.Oleh itu sebelum menilai diri saya,silalah berkenal rapat dahulu dengan saya...
P/S::cikgu maimunah..berapa markah saya dapat??HAHAHA!
P/S::cikgu maimunah..berapa markah saya dapat??HAHAHA!